Cari Blog Ini

Rabu, 2 Februari 2011

SEJARAH BOLA SEPAK

== Sejarah ==
Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan [[bola]] juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.
Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi [[Undang-undang Bola Sepak]] hari ini.
Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.
Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke  [[stadium]] bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh [[FIFA|Fédération Internationale de Football Association]] (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.
Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada  [[peminat]], komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan [[sukan]] yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai '''Pilihan Kenangan Dunia Lalu'''.

== Cara permainan ==
Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran [[bola]] yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.
Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap sama (draw). Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa berlebihan, ''extra time'') akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan.
Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan.


Kejohanan antarabangsa
Pertandingan antarabangsa terbesar di dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA yang diselenggarakan oleh FIFA. Piala Dunia diadakan setiap empat tahun sekali. Lebih dari 190 negara bertanding di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan peringkat akhir ini biasanya berlangsung selama empat minggu dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya di dalam Piala Dunia dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali.

Sistem liga

Sistem liga adalah satu hierarki liga dalam satu sukan yang biasanya pasukan-pasukan boleh dilayakkan atau disingkirkan, bergantung pada kedudukan akhir atau playoff. Mereka adalah sering kali dikenali piramid akibat kecenderungan mereka untuk mempunyai lebih (serantau) divisyen di dasar.

Sistem liga bola sepak Inggeris




Sistem liga bola sepak Inggeris atau Liga Inggeris merupakan satu siri kejohanan liga bola sepak peringkat kelab di England (walaupun disebabkan faktor sejarah terdapat juga sebilangan kecil kelab dari Wales). Penyelenggaraan Liga Inggeris dikelolakan oleh Persatuan Bola Sepak England (The FA). Sistem ini mempunyai format tatatingkat dengan kenaikan dan penurunan antara liga yang berlainan peringkat, dan membolehkan kelab terkecil sekalipun berangan naik ke liga teratas dalam sistem. Terdapat lebih dari 140 liga yang terdiri dari lebih 480 divisyen.[1] Jumlah sebenar kelab dalam sistem liga ini berubah setiap tahun kerana ada sahaja kelab yang menyertai atau meninggalkan liga, atau terbubar terus, tetapi puratanya terdapat 15 kelab untuk setiap divisyen, bererti terdapat lebih 7,000 kelab yang merupakan ahli sistem liga bola sepak Inggeris.


NegaraEngland
KonfederasiUEFA
Ditubuhkan20 Februari 1992
Jumlah pasukan20
Disingkirkan keThe Championship
ArasTahap 1
Piala domestikFA Cup
League Cup
Piala antarabangsaLiga Juara-Juara
Piala UEFA
Juara semasaManchester United (2007–08)
Kelab paling berjayaManchester United (10 kejuaraan

Siapa Pemain Terbaik Piala Dunia 2010?

Cepat masa berlalu. Pejam celik-pejam, pejam celik kejohanan Piala Dunia 2010 pula akan berlangsung sekitar 7 hari (1 minggu) daripada sekarang. Daripada 4 tahun ke 3 tahun ke 365 hari dan akhinya tinggal seminggu sahaja lagi.  Dan sekarang………….
Daripada barisan bintang yang hadir dalam edisi Piala Dunia 2010 kali ini, Berita  Semasa ingin memilih pemain yang bakal memenangi anugerah Pemain Terbaik Piala Dunia 2010. Pemain-pemain yang dipilih ini juga berdasarkan kemampuan negara  mereka dan………juga berdasarkan undian daripada pembaca Berita Semasa sebelum ini untuk pilihan negara yang bakal menjulang trofi piala Dunia 2010 :
Pilihan Pemain Terbaik Piala Dunia 2010
 #1 : Xavi Hernandez
Setiap pasukan tidak kira kelab mahupun negara semestinya geram dengan kemahiran daripada pemain tengah berkelas dunia seperti Xavi Hernandez. Mana tidaknya, kepintarannya yang berperanan sebagai playmaker Sepanyol, kemahiran Xavi dalam membuka dan mencipta peluang gol menjadikan tugas si penyerang menjadi semakin mudah. Tambah pula rakan sepasukannya dari Barcelona mahupun Sepanyol iaitu Andres Iniesta menjadikan kedua mereka adalah jantung dan denyut nadi bagi pasukan sepanyol.
Dengan bantuan kombinasi si pasangan pengempur Fernando Torres dan David Villa, mungkin Xavi Hernandez boleh mula tersenyum seorang diri yang mana peluang Sepanyol untuk merangkul trofi Piala Dunia amat cerah dan seterusnya anugerah pemain terbaik Piala Dunia 2010 bakal menjadi milik Xavi Hernandez.
Pilihan Pemain Terbaik Piala Dunia 2010 #2 : Kaka
Kata pemerhati bola sepak, pemain berkelas dunia seorang ini, Kaka adalah seorang berprinsip? Betul ker? Tetapi dengan tawaran yang tinggi, Milan mula goyang apabila menerima tawaran sejumlah  US$ 95,000,000, AC Milan telah menjualnya kepada Real Madrid. Kaka telah menjadi tokoh penting bagi pengurus Brazil yang baru iaitu Dunga, untuk mengetui barisan serangan Brazil. Kalau ikutkan barisan Brazil tidak semeriah dengan barisan bintang yang berkelas dunia seperti edisi-edisi Piala Dunia sebelum ini tetapi ramai yang beranggapan Brazil tetap pilihan juara untuk Piala Dunia 2010 ini.
Sehinggakan ada yang mengatakan kalau tak Sepanyol, mesti Brazil juara begitulah sebaliknya. Kecedaraan yang dialami Kaka sebelum ini di Real Madrid sedikit sebanyak menyebabkan prestasinya agak menurun. Tetapi Kaka yang merupakan arkitek Brazil masih mampu berikan sesuatu dan menyumbang bersama rakan sepasukannya yang lain untuk membantu Brazil menjadi juara Piala Dunia 2010. Lenggok tubuhnya ketika membawa bola cukup unik. Sehinggakan ada kalangan yang biasa lihat aksinya di padang, walaupun nampak dari jauh mesti akan kata :
“Ala…tu mesti Kaka yang tengah bawa bola”. Simple tetapi berbiasa…
Pilihan Pemain Terbaik Piala Dunia 2010 #3 : Wayne Rooney
Zaman panas baran pak cik yang seorang ini, Wyne Rooney dah lama berlalu. Sekarang ini dia pun dah matang untu menangani situasi di atas padang. Mula-mula Wayne Rooney masuk kancah perlawanan peringkat antarabangsa ketika umurnya seawal 17 tahun sehingga seorang wartawan Inggeris menggelar selepas melihat aksi sebagai “si pembunuh berwajah bayi”. Wayne Rooney merupakan ayam tambatan England yang mana pada musim ini Rooney telah menunjukkan kepimpinan dan semangat berjuang yang tinggi walaupun tanpa kelibat si pencetak gol, Critiano Ronaldo sehingga beliau berjaya menyumbang sejumlah gol.
Wayne Rooney dilihat mempunyai semangat juangnya yang rajin membantu rakan-rakannya di bawah dan bersama-sama membantu barisan serangan untuk membuat penyudahan yang tajam. Fabio Capello menggunakan formasi 4-5-1 semasa berlangsungnya kejohanan Piala Dunia 2010 nanti dengan Steven Gerrard akan membantu, peluang England tetap cerah untuk memenangi  Piala Dunia 2010 ditambah dengan sokongan daripada rakan-rakan sepasukan yang lain.
Pilihan Pemain Terbaik Piala Dunia 2010 #4 : Lionel Messi
Bagi peminat bola sepak dunia, nama bersama-sama prestasi bagi pemain terbaik FIFA 2009 ini semakin melonjak naik bak jet Soyuz meluncur ke angkasa lepas. Bahkan, ramai pemerhati bola sepak meramalkan Lionel Messi bakal menjadi pemain terbaik sepanjang zaman. Mungkin. Lihat sahaja 2 tahun kebelakangan, banyak gelaran dan koleksi anugerah yang berjaya diperolehinya. Tapi bagi pemain bola sepak berkelas dunia sepertinya masih tidak cukup sempurna, kalau setakat menang liga domestik mahupun Liga Juara-Juara Eropah. Jadi ini pentas Piala Dunia 2010 ini adalah pentas terbaik bagi Lionel Messi bersama-sama rakan sepasukan untuk menunjukkan kepada “cikgunya” (Diego Maradona – jurulatih Argentina) yang mana Argentina ada peluang cerah untuk menang trofi Piala Dunia 2010. Pendek sahaja Lionel Messi ini, tetapi kawalan bolanya cukup luar biasa walaupun skilnya tidak sehebat Cristiano Ronaldo.
Musim 2009/2010, dengan koleksi gol sebanyak 47 gol dan menyamai rekod 47 gol milik Ronaldo (Brazil), Lionel Messi berjaya merangkul gelaran penjaring terbanyak Eropah bagi musim ini. Kalau Argentina berjaya meneruskan perjuang sehingga ke titisan terakhir (final) kejohanan Piala Dunia 2010, Messi ada peluang untuk merangkul pemain terbaik Piala Dunia 2010 atau trofi (Bola Emas)
Pilihan Pemain Terbaik Piala Dunia 2010 #5 : Cristiano Ronaldo
Bayangkan semasa Alex Ferguson ingin membawa  Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro yang pada masa berumur 18 tahun ke Old Trafford, Manchester United, ramai yang tak kenal pun dengan “bayi” ini. Bagus sangat ker? Boleh ker Cristino Ronaldo membayangi kehebatan Davis Beckham sebelum itu? Tetapi…..bayi ini bukan sebarang bayi, kalau letak atas padang boleh kacau-bilau pertahanan lawan dibuatnya. Ramai yang buka mata dengan kemampuan pemain ini. Kalau lihat di Youtube, banyak betul koleksi skil dan persembahannya di atas padang.
Akhirnya, Cristiano Ronaldo ketika bersama pasukan Manchester United telah berjaya mencetak 118 gol dan memenangi tiga gelaran Liga Perdana Inggeris, satu gelaran Liga Juara-Juara Eropah dan satu trofi Piala Kelab Dunia dan beberapa trofi indivu termasuk Pemain Terbaik Dunia FIFA 2008 . Musim panas yang lepas, Alex Ferguson telah menjualnya ke Real Madrid dengan rekod perpindahan termahal dunia sejumlah  US$132,000,000. Kelajuan, skill, larian, kawalan bola, tandukan berbisa dan juga pakar dalam tendangan bebas adalah senjata utama bagi Cristiano Ronaldo berjuang bersama-sama rakan-rakannya dalam kejohanan Piala Dunia 2010 kali ini.
Senarai Pemain Terbaik Piala Dunia (Golden Ball) :
  • 1982 Spain -  Paolo Rossi (Itali)

  • 1986 Mexico -  Diego Maradona (Argentina)

  • 1990 Italy –   Salvatore Schillaci (Itali)

  • 1994 USA – Romario (Brazil)

  • 1998 France – Ronaldo (Brazil)

  • 2002 Korea/Japan -  Oliver Kahn (Jerman)

  • 2006 Germany – Zinedine Zidane (Perancis


  • P/S : Nama-nama pemain bintang di atas adalah sebahagian sahaja. Masing-masing ada pilihan. Anda juga boleh mengundi pemain pilihan anda bagi Pemain Terbaik Piala Dunia 2010, di bawah ini (hanya 20 pemain sahaja untuk diundi. Ada lagi 4 slot boleh request) :

    Pilihan Pemain Terbaik Piala Dunia 2010?

    Messi & Ronaldo, Siapa Lebih Hebat?

     
     Messi & Ronaldo, Siapa Lebih Hebat?
    by Ady Adyidaman Wan on Wednesday, February 2, 2011 at 4:32pm
    Barcelona - Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo adalah dua nama yang kerap diperbandingkan akhir-akhir ini. Ada yang berpendapat bahwa Messi adalah jenius sejati, sementara Ronaldo masih memiliki batas.

    Nama Messi dan Ronaldo sama-sama mencuat di usia yang masih sangat muda. Yang satu dianggap sebagai titisan Diego Maradona, sementara yang lainnya kerap disanding-sandingkan dengan beberapa nama seperti Eric Cantona dan George Best.

    Soal skill dan teknik bermain bola, Messi dan Ronaldo kerap mengundang decak kagum para penggemarnya, utamanya adalah pendukung Barcelona dan real madrid. Sehingga tak heran apabila keduanya kemudian dianggap sebagai pemain paling penting di dalam klub masing-masing.

    Pertanyaannya, siapa yang lebih hebat? Messi atau Ronaldo? Jawaban untuk yang satu ini mungkin sulit dicari jawabannya. Ada yang berpendapat bahwa Messi dan Ronaldo hebat dengan caranya masing-masing. Sementara ada juga yang berpendapat bahwa salah satu di antara mereka jelas lebih hebat dari yang lainnya.


    Lalu, bagaimana dengan award Pemain Terbaik Dunia? "Saya percaya kalau Ronaldo dan Messi adalah dua favorit utama untuk memenangi penghargaan itu (pemain terbaik FIFA). Saya pikir mereka berdua sama-sama merupakan pemain terbaik dunia saat ini," ungkap kapten Real Madrid, Raul Gonzalez, suatu waktu.

    Lain Raul, lain pula Alexander Hleb. Gelandang Barcelona dan timnas Belarusia ini pernah menghadapi Ronaldo semasa bermain untuk Arsenal di Premier League. Ia juga, tentunya, paham bagaimana karakteristik Messi yang adalah rekan setimnya.

    Menurut Hleb, Messi dan Ronaldo tak bisa diperbandingkan. CR7 bolehlah jago, tetapi bagi Hleb, ia memiliki batas. Sementara Messi disebutnya sebagai seorang jenius.

    "Saya sudah bermain melawannya beberapa kali di Premier League. Jadi, saya tahu seperti apa kemampuannya," ujarnya seperti dilansir Goal. "Bagaimanapun, ia memiliki batas dan sejak saya datang ke sini, saya harus belajar untuk merespeki si jenius Messi. Keduanya tak bisa dibandingkan."

    Jadi, siapa yang lebih hebat? Jika melihat berbagai komentar di atas, jawabannya tentu berpaling kepada pendapat masing-masing orang dalam memandang mereka berdua. Bagaimana dengan pendapat Anda?