Cari Blog Ini

Rabu, 2 Februari 2011

Siapa Pemain Terbaik Piala Dunia 2010?

Cepat masa berlalu. Pejam celik-pejam, pejam celik kejohanan Piala Dunia 2010 pula akan berlangsung sekitar 7 hari (1 minggu) daripada sekarang. Daripada 4 tahun ke 3 tahun ke 365 hari dan akhinya tinggal seminggu sahaja lagi.  Dan sekarang………….
Daripada barisan bintang yang hadir dalam edisi Piala Dunia 2010 kali ini, Berita  Semasa ingin memilih pemain yang bakal memenangi anugerah Pemain Terbaik Piala Dunia 2010. Pemain-pemain yang dipilih ini juga berdasarkan kemampuan negara  mereka dan………juga berdasarkan undian daripada pembaca Berita Semasa sebelum ini untuk pilihan negara yang bakal menjulang trofi piala Dunia 2010 :
Pilihan Pemain Terbaik Piala Dunia 2010
 #1 : Xavi Hernandez
Setiap pasukan tidak kira kelab mahupun negara semestinya geram dengan kemahiran daripada pemain tengah berkelas dunia seperti Xavi Hernandez. Mana tidaknya, kepintarannya yang berperanan sebagai playmaker Sepanyol, kemahiran Xavi dalam membuka dan mencipta peluang gol menjadikan tugas si penyerang menjadi semakin mudah. Tambah pula rakan sepasukannya dari Barcelona mahupun Sepanyol iaitu Andres Iniesta menjadikan kedua mereka adalah jantung dan denyut nadi bagi pasukan sepanyol.
Dengan bantuan kombinasi si pasangan pengempur Fernando Torres dan David Villa, mungkin Xavi Hernandez boleh mula tersenyum seorang diri yang mana peluang Sepanyol untuk merangkul trofi Piala Dunia amat cerah dan seterusnya anugerah pemain terbaik Piala Dunia 2010 bakal menjadi milik Xavi Hernandez.
Pilihan Pemain Terbaik Piala Dunia 2010 #2 : Kaka
Kata pemerhati bola sepak, pemain berkelas dunia seorang ini, Kaka adalah seorang berprinsip? Betul ker? Tetapi dengan tawaran yang tinggi, Milan mula goyang apabila menerima tawaran sejumlah  US$ 95,000,000, AC Milan telah menjualnya kepada Real Madrid. Kaka telah menjadi tokoh penting bagi pengurus Brazil yang baru iaitu Dunga, untuk mengetui barisan serangan Brazil. Kalau ikutkan barisan Brazil tidak semeriah dengan barisan bintang yang berkelas dunia seperti edisi-edisi Piala Dunia sebelum ini tetapi ramai yang beranggapan Brazil tetap pilihan juara untuk Piala Dunia 2010 ini.
Sehinggakan ada yang mengatakan kalau tak Sepanyol, mesti Brazil juara begitulah sebaliknya. Kecedaraan yang dialami Kaka sebelum ini di Real Madrid sedikit sebanyak menyebabkan prestasinya agak menurun. Tetapi Kaka yang merupakan arkitek Brazil masih mampu berikan sesuatu dan menyumbang bersama rakan sepasukannya yang lain untuk membantu Brazil menjadi juara Piala Dunia 2010. Lenggok tubuhnya ketika membawa bola cukup unik. Sehinggakan ada kalangan yang biasa lihat aksinya di padang, walaupun nampak dari jauh mesti akan kata :
“Ala…tu mesti Kaka yang tengah bawa bola”. Simple tetapi berbiasa…
Pilihan Pemain Terbaik Piala Dunia 2010 #3 : Wayne Rooney
Zaman panas baran pak cik yang seorang ini, Wyne Rooney dah lama berlalu. Sekarang ini dia pun dah matang untu menangani situasi di atas padang. Mula-mula Wayne Rooney masuk kancah perlawanan peringkat antarabangsa ketika umurnya seawal 17 tahun sehingga seorang wartawan Inggeris menggelar selepas melihat aksi sebagai “si pembunuh berwajah bayi”. Wayne Rooney merupakan ayam tambatan England yang mana pada musim ini Rooney telah menunjukkan kepimpinan dan semangat berjuang yang tinggi walaupun tanpa kelibat si pencetak gol, Critiano Ronaldo sehingga beliau berjaya menyumbang sejumlah gol.
Wayne Rooney dilihat mempunyai semangat juangnya yang rajin membantu rakan-rakannya di bawah dan bersama-sama membantu barisan serangan untuk membuat penyudahan yang tajam. Fabio Capello menggunakan formasi 4-5-1 semasa berlangsungnya kejohanan Piala Dunia 2010 nanti dengan Steven Gerrard akan membantu, peluang England tetap cerah untuk memenangi  Piala Dunia 2010 ditambah dengan sokongan daripada rakan-rakan sepasukan yang lain.
Pilihan Pemain Terbaik Piala Dunia 2010 #4 : Lionel Messi
Bagi peminat bola sepak dunia, nama bersama-sama prestasi bagi pemain terbaik FIFA 2009 ini semakin melonjak naik bak jet Soyuz meluncur ke angkasa lepas. Bahkan, ramai pemerhati bola sepak meramalkan Lionel Messi bakal menjadi pemain terbaik sepanjang zaman. Mungkin. Lihat sahaja 2 tahun kebelakangan, banyak gelaran dan koleksi anugerah yang berjaya diperolehinya. Tapi bagi pemain bola sepak berkelas dunia sepertinya masih tidak cukup sempurna, kalau setakat menang liga domestik mahupun Liga Juara-Juara Eropah. Jadi ini pentas Piala Dunia 2010 ini adalah pentas terbaik bagi Lionel Messi bersama-sama rakan sepasukan untuk menunjukkan kepada “cikgunya” (Diego Maradona – jurulatih Argentina) yang mana Argentina ada peluang cerah untuk menang trofi Piala Dunia 2010. Pendek sahaja Lionel Messi ini, tetapi kawalan bolanya cukup luar biasa walaupun skilnya tidak sehebat Cristiano Ronaldo.
Musim 2009/2010, dengan koleksi gol sebanyak 47 gol dan menyamai rekod 47 gol milik Ronaldo (Brazil), Lionel Messi berjaya merangkul gelaran penjaring terbanyak Eropah bagi musim ini. Kalau Argentina berjaya meneruskan perjuang sehingga ke titisan terakhir (final) kejohanan Piala Dunia 2010, Messi ada peluang untuk merangkul pemain terbaik Piala Dunia 2010 atau trofi (Bola Emas)
Pilihan Pemain Terbaik Piala Dunia 2010 #5 : Cristiano Ronaldo
Bayangkan semasa Alex Ferguson ingin membawa  Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro yang pada masa berumur 18 tahun ke Old Trafford, Manchester United, ramai yang tak kenal pun dengan “bayi” ini. Bagus sangat ker? Boleh ker Cristino Ronaldo membayangi kehebatan Davis Beckham sebelum itu? Tetapi…..bayi ini bukan sebarang bayi, kalau letak atas padang boleh kacau-bilau pertahanan lawan dibuatnya. Ramai yang buka mata dengan kemampuan pemain ini. Kalau lihat di Youtube, banyak betul koleksi skil dan persembahannya di atas padang.
Akhirnya, Cristiano Ronaldo ketika bersama pasukan Manchester United telah berjaya mencetak 118 gol dan memenangi tiga gelaran Liga Perdana Inggeris, satu gelaran Liga Juara-Juara Eropah dan satu trofi Piala Kelab Dunia dan beberapa trofi indivu termasuk Pemain Terbaik Dunia FIFA 2008 . Musim panas yang lepas, Alex Ferguson telah menjualnya ke Real Madrid dengan rekod perpindahan termahal dunia sejumlah  US$132,000,000. Kelajuan, skill, larian, kawalan bola, tandukan berbisa dan juga pakar dalam tendangan bebas adalah senjata utama bagi Cristiano Ronaldo berjuang bersama-sama rakan-rakannya dalam kejohanan Piala Dunia 2010 kali ini.
Senarai Pemain Terbaik Piala Dunia (Golden Ball) :
  • 1982 Spain -  Paolo Rossi (Itali)

  • 1986 Mexico -  Diego Maradona (Argentina)

  • 1990 Italy –   Salvatore Schillaci (Itali)

  • 1994 USA – Romario (Brazil)

  • 1998 France – Ronaldo (Brazil)

  • 2002 Korea/Japan -  Oliver Kahn (Jerman)

  • 2006 Germany – Zinedine Zidane (Perancis


  • P/S : Nama-nama pemain bintang di atas adalah sebahagian sahaja. Masing-masing ada pilihan. Anda juga boleh mengundi pemain pilihan anda bagi Pemain Terbaik Piala Dunia 2010, di bawah ini (hanya 20 pemain sahaja untuk diundi. Ada lagi 4 slot boleh request) :

    Pilihan Pemain Terbaik Piala Dunia 2010?

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan